Tuesday, September 2, 2014

7 Petua Atasi Rambut Gugur


7 Petua Atasi Rambut Gugur



Rambut gugur adalah masalah biasa yang sering dialami oleh setiap peringkat usia. Berikut adalah antara petua-petua yang boleh diamalkan untuk mencegah rambut gugur.

1) Campurkan air asam jawa dan santan dalam satu bekas. Masukkan beberapa kuntum bunga-bungaan yang wangi seperti bunga kenanga. Lumur rambut dengan campuran ini dan biarkan selama beberapa minit. Bilas dengan air besih. Amalkan selalu dapat mencegah keguguran rambut disamping menjadikan rambut harum seperti bunga.

2) Hiris beberapa keping limau nipis dan tenyehkan isinya ke kulit kepala. Kemudian sapukan bahagian yang bermasalah dengan telur ayam yang telah dipukul sedikit. Bungkus kepala selama beberapa jam dan lemudian bilas dengan air bersih. Amalkan selalu dapat mennguatkan akar rambut.

3) Masak santan dari sebiji kelapa sehingga mengeluarkan minyak. Tutup api dan biarkan sejuk pada suhu bilik. Lumurkan santan berminyak ini pada keseluruhan kepala dan bungkus kepala semalaman. Bilas dengan air bersih. Amalkan selalu dapat menguatkan akar rambut disamping membuatkan rambut kelihatan cantik bersinar.

4) Ambil air rebusan kacang hijau dan biarkan sejuk. Sapukan air tersebut pada keselurukan kulit kepala setiap malam sebelum masuk tidur. Syampu rambut pada keesokan harinya. Amalkan setiap hari untuk menguatkan akar rambut dengan berkesan.

5) Satukan lendir daun lidah buaya, lendir pokok bunga raya, lendir pokok litup bumi dan sedikit minyak zaitun dalam satu bekas. Lumur campuran ini pada keseluruhan kepala dari akar rambut selepas mandi malam dan bungkus selama setengah jam. Bilas rambut pada keesokan hari. Amalkan seminggu sekali, InsyaAllah rambut menjadi kuat dan lambat beruban.

6) Tumbuk segenggam daun serai hingga lumat. Masak dengan secawan air sehingga kekuningan. Sejukkan dan kemudian sapukan pada keseluruhan bahagian kepala. Amalkan setiap hari selama 2 minggu untuk melihat keberkesanannya.

7) Ambil tiga biji limau nipis dan ambil jusnya, campurkan dengan 2 biji putih telur. Sapukan pada keseluruhan rambut dan biarkan selama 2 jam. Bilaskan dengan air bersih. Amalkan selalu untuk kesan yang memuaskan. 

Selamat Mencuba 


nanti bole dapat rambut cantik mcm ni haa

eh eh salah.... ni bropunzel

mcm bawah ni haaa...


cantik menarik ko mmg de bom..

"Keep Learning ~~ Keep Smiling ~~ Keep Sharing"
    "Keep Learning ~~ Keep Smiling ~~ Keep Sharing~~Keep In Touch"

6 comments:

  1. serius menjadi ka petua ni fifie?mong ada masalah rambut gugur ni..sedih tgk rambut gugur ja... :(

    ReplyDelete
  2. good sharing dear..tak payah gi yun nam dah pas ni

    ReplyDelete
  3. Nice sharing. Nanti nak cuba

    Jangan lupa join segmen ABM ye
    http://cerita-adindabaizuramazlan.blogspot.com/2014/09/segmen-giveaway-merdeka-hari-malaysia.html

    ReplyDelete
  4. Thank sharing..boleh cuba nanti :)

    ReplyDelete
  5. Nice sharing.. hahaha bropunzel xD

    ReplyDelete
  6. masalah sya rambut gugur n kering yg amat..! tension ja tgk rambut tu bergelimpangan atas lantai tp syok menyapu.. erk... -__-' btw,harap mana2 petua sangkut la ..

    ReplyDelete

SweetMuslimah.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...