Saturday, August 20, 2011

100 Hari


Adapun riwayat-riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hamba-Nya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walau bagaimanapun, semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam saja, sedangkan orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah, nyawa mereka ini akan dicabut tanpa peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.

Adapun tanda-tanda ini terbahagi pada beberapa keadaan :



100 hari sebelum kematian:
Seluruh badan rasa bergegar.
Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

40 hari sebelum kematian:
Pusat rasa bergerak-gerak
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

7 hari sebelum kematian:
Mengidam makanan.
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.

5 hari sebelum kematian:
Anak lidah bergerak-gerak.

3 hari sebelum kematian:
Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari sebelum kematian:
Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh and asar.
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir sebelum kematian:
Sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Kubur/liang lahat Setiap Hari Menyeru kepada Manusia Sebanyak 5 Kali.
1. Aku rumah yang terpencil, maka akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu sholat malam.
3. Aku rumah yang penuh tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawarnya.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nankir, maka banyaklah bacaan Laa illaa ha illallah, Muhammadur Rasulullah?supaya kamu dapat menjawabnya.

Allah berfirman mahfumnya “Katakanlah (wahai Muhammad); Nyawa kamu
akan diambil oleh Malikil Maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika
habis ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu
(untuk menerima balasan)” As Sajadah-11

Penutup
    Sesungguhnya marilah kita bertakwa dan berdoa kepada Allah SWT
è  semoga kita termasuk di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda- tanda kematian ini;
è  semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan baik dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri, dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.

    Namun demikian, sesuai dengan sifat Allah SWT Yang Maha Kuasa lagi Pemurah, Maha Pengasih, maka diriwayatkan bahawa tarikh kematian seseorang manusia itu masih dapat diubah dengan amalan doa, baik doa dari kita sendiri maupun doa dari orang lain. Namun hal ini adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.
  
     Oleh kerana itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan waktu dan kesehatan tubuh / badan dan juga fikiran dalam sedaya-upaya kita untuk mencari keredhaan Allah SWT di dunia mahupun akhirat kelak.






Bagus juge ade cite “100 Hari” kat tv1 tue kan
Lakonan ZulHuzaimi...


It’s touches my heart...
Feel’s sad...feel’s scared...

Cite 2 tunjuk psl tanda2 100 hari sblm kematian...
dia compare kan antra 
seorg y beriman  dan seorg y lalai . 
seorg y beriman tu dia dpt rasa y dia kan mati
dpt merasakan kelainan y dia alami dlm dri dia
manakala
seorg y lalai tue trus  lalai...



which one is me...??
subhanAllah



review skitt... Panggung Seri : 100 Hari
100 Hari mengisahkan tentang perhitungan dua insan yang berbeza cara hidup dalam menempuh detik-detik kematian dari 100 hari sebelum ajal dijemput malaikat maut.. Tuan Masrod seorang yang kaya tetapi banyak melakukan perkara yang sia-sia, manakala Akhbar, pemandunya hidup dalam sederhana tetapi banyak melakukan kebaikan. Akhbar dapat merasakan kematian semakin hampir dan terus perbanyakkan ibadat manakala Tuan Masrod walaupun didatangi tanda-tanda kematian masih hidup dalam keadaan yang leka. 
Pelakon : Zul Huzaimi, Ridzuan Hashim, Maria Farida, Melissa Saila, Raja Azri, Chal ahmad, Nad Zailal.

Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak.


Semoga kita semua 

tersenarai antara 
orang-orang yang terpilih 
untuk perasan tanda-tanda ni.


Semoga Allah swt
beri kita peluang
 untk memperbaiki diri
sebelum ajal menjemput kita
pergi buat selama-lamanya.


Amin...
Insyallah....







   Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan
apa yang salah itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

Wallahu a'lam...


No comments:

Post a Comment

SweetMuslimah.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...