Saturday, May 10, 2014

Bila Hati Mula Berbicara - nak kawan ke tak nak kawan?


      
      Terasa macam ade sesuatu nak stori mory. Lately kate nye saya, kita kne slalu think positive right. Ini kisah dikala hati yang kacau bilau, gundah gulana, mood kelaut, serabut perut dan segala-galanya. Kisah mengisahkan tentang seseorang manusia yang lahir di dunia ni awal2 nya xde salah silap sikit pun. sempurna. dot dot dot... ini bukan kisah sebenar yang mak jemah nak cecite ni. Mak jemah sebenarnya nak cecite psl kisah remaja remaji jaman kini ni. kadang-kadang kelaut juga. especially bila berdepan dgn masalah perhubungan antra lelaki dan perempuan. ada y mendefinisikan perhubungan mereka sbgai kawan, sahabat, couple, girlfriend, boyfriend and what else just name it.

       Aku bukan sesiapa, hanya lah manusia biasa seperti yang lain2, yang banyak kekurangan, banyak khilafnya. kan.. pergaulan antra lelaki dan perempuan ajnabi harus dituruti atas segala batas-batas pergaulannya yang telah digariskan dlm islam. tapi ada juga yang kelaut. ini kisah kelaut dan kedarat dan ke angkasa lepas dan segala-galanya yang terlalai. sendiri pun tak pasti kenapa terjadi nya sedemikian rupa. ini lah yang akan berlaku bila kita tak ada hala tuju, visi dan misi dalam hidup dan pergantungan yang lemah pada yang Maha Berkuasa. kita lupa yang Allah tahu segala-galanya. lupa hanya dengan kekuasaan Allah segala-galanya berlaku dan segala-galanya berupaya berubah dalam sekelip mata saja. Dan bila pergantungan kita pada yang Maha Esa goyah maka goyahlah seluruhnya.

       so yang berlaku ni adalah permainan hati dan perasaan. Sendiri jadi bingung. Sendiri jadi tak tentu hala. adakah kerana terlampau memikirkan atau instinct atau naluri seorang wanita atau six sense seorang wanita itu akan jadi mcm tepat tak tepat akan terjadi dan kena atas batang hidung. haa.. very strong laa what i want to say wa cakap lu derrr... six sense wanita ni very very strong. haa mcm tu laa dia. percaya ke tak sendri kne try la tu. but i my self sometime or most of the time bila hati kecil ku berbicara dan terdetik mengatakan sesuatu it closely related to what is happening next then whats left is kita nak dengar or tak pada kata hati or  six sense tu.  

       So skung ni ape masalahnya..?? ketidak pastian dalam meneruskan perkawanan ini atau bagaimana? [tak suka sebut perhubungan sbb mcm ada hubungan sulit jek] kenapa kawan bukan couple? kenapa mesti tanya nak kawan ke tak? kawan tu mesti la is forever la right kan? banyak lagi laaa persoalan klu nk tulis kat sni. meneruskan perkawanan..?? tidak meneruskan perkawanan..?? atau bagaimana..?? situasi ini akan terjadi bila definisi kawan itu disalah ertikan oleh mana2 pihak yang x bertanggungjawab dalam hal ini. tak kisah la sebelah ke dua belah pihak ke gegel j ke or boboi j ke. yang penting bila dlm relationship tu 2 2 tak dapat definisi yang sama now or then, later or soon, lambat laun pastinya perkara di atas ini kan terjadi. betol ke x..?? pernah lalui x..?? tetibe jadi tak puas hati, rase mcm hilang keserasian, timbul bnyk salah paham, things will be very2 complicated. apa pendapat korg. perhubungan mcm ni klu diteruskan salah sorg akan makan hati x? dan merana kesakitan x? dan klu x diteruskan kata nya sebelah pihak tu, kita bakal memutuskan silaturahim antara sesama muslim. permainan apakah ini. 

       tetibe rase mcm impossible jek lelaki dan perempuan boleh jadi best friend kan kan kan. mcm it's really really hard. especially bila ade pihak yang tak bertanggungjwab amik kesempatan atas kesempitan hidup org lain. itu pun masalah juga kan kan. dimana keikhlasan? dimana kejujuran? ini bukan kisah tentang penemuan gunung berapi tapi ini kisah gunung berapi yang bakal meletus bila bila mase jek ni anytime around. haish... klu dua2 ok, so xde mslh. klu slh sorg bole compromise pn xde mslh.. klu xde y amik kesempatan pn xde mslh. yang akan bermasalah adalah bila ade yang amik kesempatan especially bila dia tau kawan dia ni concern gila kat dia. dia mahu dorg as 'just friend' 'kawan j' tapi dia bagi harapan mcm2, mcm serious, mcm nk, mcm bkn kwan, mcm nk kwin. errrr.. errrrr.. itu lah bila disalah ertikan oleh sesetengah pihak yang tak bersalah tu. Masalahkan.  

So persoalannya bagaimana seharusnya kita hadapi situasi seperti ini? memutuskan persahabatan y sekian lame dah terjalin? jauhkan diri? hilangkan diri? cari penganti? 

       okok.. Klu just friend lets just be friend like others la kan. friends is friend la. xperlu nk concern terlebih2 smpai nk msg2 2 3 4 saat skali shari, buat2 jeles xtentu pasal bila ade opposite gender concern juga kat kita. pura2 terlebih concern. Cuba lah jadi kawan normal mcm y lain. So masalah xkan timbul. jangan bagi sesuatu harapan pada orang y berpotensi memberi harapan pada kita especially bila kita sendiri pun tahu kita xnk kat dia. cuba la elakkan diri skit dari dia dari terus berhubung dgn dia. just elak dari cakap menda y tak penting bukan suruh stop terus block fb, watapp, wechat, tweeter dll. tapi klu dah nazak sgt teruskan j la. tapi klu biasa2 bole terus jadi mcm kawan2 y lain jgn lebih2. jangan ambik kesempatan. sbb klu ade y dah terluka, kawan tu ke laut jadi nya. suka ke klu macam tu? what u give u get back.. life is like that. 

       n yang sebelah pihak lagi. klu org tu dah baik2 ckp dia kita kawan je awak pun kawan je la. klu pun dia tak ckp tapi dah rase tu. please paham2 je la kan. jgn taruh harapan apa2 pada dia. elak kan diri dri dia, diamkan diri itu lebih baik dari terus melakukan perkara yang melalaikan ni. istiqarah, ikut kata hati y baik2, percaya pada ketentuan qada' dan qadar Allah. check balik n tgk hala tuju tak perlu teruskan klu ia dah terpesong dri hala tuju, visi, misi hidup. klu xde hala tuju skung cuba create hala tuju.

       dan biasanya seseorang yang serious dalam hidup, dia mahukan sesuatu yang serious dan bukan main-main atau angan2, hidup tanpa pedoman akan membuat kan kita lebih lalai tanpa arah tujuan. klu mahukan sesuatu harus lah lakukan sesuatu kenapa perlu berdolak dalih kalau betol serious mahukan sesuatu. klu tak mahu tu senang. terus terang lah. bagi peluang pada yang tersalah beri harapan membuka lembaran hidup baru sinar hidup baru membuka hati untuk orang yang lebih layak atau selayak nya untuk dirinya.   

Let it go... Let it go... [cepat cri lagu let it go]

for gegel Prof Muhaya cakap cuba back to the root.. 
tnye diri knape mesti suka dia, dia mmg ade semua ciri y kita nk as hubby kte ke?
and klu kita kenal nga seseorg tu dlm mase 3 bln n dia xpernah sebut psl kawen can be assume dia mmg xserius ngan kita ye gegel semua kata nya prof. so beware. cuba jgn mainkan hati dan perasaan sndri. its totally a waste. in that case bole cuba jarakkan diri n jauhkan diri dri dia.
hidup mesti ada hala tuju
hidup ini harus berpaksi kan hala tuju 
untuk mencari redha Allah..
niatkan untuk terus melakukan kebaikan dan ibadah hanya kerana Allah.
buat apa y disuruh tinggal apa yang dilarang.
bawah ni boleh sama2 kita aplikasi dalam kehidupan seharian
sikit2 lama jadi bukit.


we are never alone. Allah is always with us. 
think positive.
terus berusaha. terus mencuba.



P/S --> KISAH INI TIDAK ADA KENA MENGENA 
DENGAN SESIAPA YANG HIDUP MAHUPUN YANG TAK HIDUP. 
klu ade y terkena tu bole la share stori mory kat sni. kan kan kan. 
yang ade opinion bantahan n suggestion also bole join same kat sni..
Mohon maaf atas salah silap yew..
katanya cendikiwan sekalian sebelum tidur harus maafkan semua orang dan mintak maaf walaupun xde salah
supaya hati akan tenang dan senang..
maaf kan semua orang.
jom moh le kita katil dok panggil dah tu..
selamat berhujung minggu
~wassalam~
   

No comments:

Post a Comment

SweetMuslimah.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...