Assalamualaikum
^_^
MORAL OF THE STORY
YANG PENTING...rilek okey..:-)♡♥ J
^_^
Aku:
"Mak, saya dah umur 27 tahun ni. Tak kahwin2 lagi."
Mak:
"Rilek."
Aku:
"Nak rilek camana lagi. Dah lebih usia. Dah expired."
Mak:
"Rilek."
Aku:
"Dulu masa saya umur lepas SPM sampailah 27, orang asyik tanya,
'BILA NAK KAHWIN?'
'BILA NAK KAHWIN?'
Sekarang,
orang duk tanya
'PASAL APA
TAK KAHWIN LAGI? BILA NAK KAHWIN?'
Sedih."
Mak:
"Kamu dah usaha sedaya upaya kan? Bukan tak pernah approach, bukan tak
pernah menerima, bukannya tak pernah ada orang suka dan tolak, kan?"
Aku:
"Ya, mak."
Mak:
"Boleh tak kita paksa biji durian yang kita baru tanam hari ini, terus
berbuah hari ini?"
Aku: "Tak
boleh."
Mak:
"Jodoh pun macam tu lah. Kita memang nak cepat. Tapi, takdir Allah dan
sunnatullah itu kita tak mampu paksa. Kita siapa nak paksa Allah? Kita cuma ada
kudrat doa dan minta dengan baik dari-Nya."
menitis air
mata aku... Sedih. Dah lama sebak terpendam dalam hati. Orang sekeliling yang
bertanya tak pernah faham, betapa pilunya hati orang yang ditanya. Orang tak
mengerti, bukan tak mahu. Tapi, dah tersurat begitu.
Mak mencapai
tangan aku..
Mak:
"Andai tiada jodoh di dunia sekalipun, jangan bersedih. Di akhirat pasti
ada."
Aku:
"Mana mak tahu ada? Yang saya tahu, orang yang dah kahwin saja dapat
bersama pasangan di Syurga."
Mak:
"Siapa yang ciptakan suami di dunia?"
Aku:
"Allah."
Mak:
"Siapa yang mampu ciptakan suami di akhirat?"
Aku:
"Allah."
Mak:
"Diedarkan kepada mereka piring-piring dari emas, dan piala-piala dan di
dalam syurga itu terdapat segala apa yang diingini oleh hati dan sedap
dipandang mata dan kamu kekal di dalamnya."
Aku:
"Kata-kata siapa itu, mak?"
Mak:
"Allah yang berfirman dalam Surah al-Zukhruf ayat 71. Ada lagi yang Allah
janjikan sebagaimana dalam Surah Fussilat ayat 31,
'..Kamilah
Pelindung-pelindungmu dalam kehidupan dunia dan di akhirat; di dalamnya kamu
memperoleh apa yang kamu inginkan dan memperoleh (pula) di dalamnya apa yang
kamu minta..”
Maksudnya,
kalau kamu inginkan suami, insya-Allah kamu dapat suami di Syurga.
Apa yang
mustahil bagi Allah? Tidak ada!"
Aku mengelap
air mata yang mengalir..
Aku:
"Tapi, orang duk kata kat saya tak laku. Buruk. Hodoh. Memilih.
Demand."
Mak:
"Biaq pi. Biarlah tak laku di dunia, tapi laris di akhirat.
Ingat apa
Allah kata,
“Janganlah
kamu merasa hina
dan janganlah kamu merasa sedih
kerana
sesungguhnya kedudukan
kamu lebih tinggi (mulia)
jika kamu beriman” (Ali-Imran : 139).
Single ke,
kahwin ke,
tapi kalau taqwa dan iman tak berubah duk takuk lama tu jugak,
tak
guna gak.
Jadilah
full-time muslimah.
'Fasobrun
Jamiiil'.
Sabarlah dengan seindah-indah kesabaran.
Jodoh yang indah datang dari
kesabaran yang indah.
Jangan
bersedih. Wat lek wat biskut."
Aku
tersengih-sengih dan happy balik dengar kata-kata mak..
MORAL OF THE STORY
YANG PENTING...rilek okey..:-)♡♥ J
COPY PASTE
DARI SOMEWHERE FROM EARTH
Btol la tu, sabar, rilex, wat lex wat chill wat biskut
Allah Is The Best Planner
Sabar.Besar hikmahnya bersabar.
ReplyDeleteinsyaAllah.. amin..
DeleteBetul tu.. wawa setuju
ReplyDeletekan.. stuju sgt2
Deleteindeed...married not a competition but it's a completion ^^
ReplyDeleteyes.. indeed.. its a completion.. bukan perkara y boleh di buat main2.. bukan boleh suka2.. cari n buat la y terbaik di antra y baik.. keep doa.. Allah kan ada.. :)
DeleteSalam singgah...
ReplyDeleteTidak semuanya Allah berikan dgn cepat...
kena usaha juga..hihi..InsyaÁllah..bila tiba masanya..akan sampai jodoh kita tu :)
wslm.. :)
DeleteinsyaAllah.. amin.. klu jodoh xkemana..
eh ehh mcm utk yui yg ayat pnjg antara mak dgn anak tu =)
ReplyDeletehihhiih... same goes to fifie.. aiiyakk.. hihihihi... sabar jek la kan.. wat lex wat chill wat biskut bak kata mak dia.. insyaAllah klu ada jodoh xkemana. hahaha
Deletesemoga bertemu jodoh :)
ReplyDeletemacam pnh baca kat internet
ReplyDelete