Wednesday, July 18, 2012

Kerana Aku Seperti Bola


✿ Jika kita sandarkan segala yang telah berlaku itu adalah dari Allah SWT, nescaya hati kita akan merasa senang dan tenang. Sesungguhnya tidaklah Allah jadikan sesuatu itu sia-sia melainkan kebaikan semata-mata. ✿


Entah kenapa idea sudah tidak mahu lagi singgah di ruang fikir. Fikiran buntu tak menentu. Mungkin kerana sering sandarkan diri kepada diri sendiri. Tanpa jauh melihat daripada mana sesuatu masalah itu datang dan kepada siapa yang harus kita mengadu. Di mana pergi sistem kepercayaan yang selama ini kita pegang dalam konsep kerangka manusia. Lalu persoalan timbul... Di mana Allah di hati kita?
Tahap kesedaran terhadap sesuatu itu tidak lagi menjadi topik utama. Hanya perasaan yang memainkan peranan utama. Itulah kesalahan dalam menilai sesuatu. Apabila kadar kebergantungan kita saat menghadapi sesuatu ujian itu, tidak kepada yang menciptakan ujian maka kita tidak akan jumpa jalan penyelesaiannya.
Kerana aku seperti bola.
Bola... Boleh disepak ke sana ke mari ikut sesuka hati. Saat diperlukan ditatang dan dijulang. Bila hendak digunakan untuk kepentingan diri orang. Disepak-sepak sesuka hati dalam memenuhi tujuan-tujuan tertentu. Sesudah itu diagungkan kembali, diberi pujian dan perhatian. Ia memperlihatkan kejadian yang sama berulang kali. Berulang kali.
Digunakan dan Dipergunakan
Sudah tentu ada perbezaan antara digunakan dan dipergunakan. Ayatnya sudah berbeza. Manusia mestilah digunakan sesuai dengan tujuan ia diciptakan pencipta. Sebagai hamba yang wajib mentaati dan mengikuti perintah dan seruan.  Hidupnya kita atas pelbagai tujuan di atas nama yang satu iaitu khalifah. Kita diberikan pelbagai anugerah untuk melaksanakannya. Anugerah atas tujuan.
Namun, pemberian yang dikurniakan untuk mencapai tujuan seringkali tergendala. Dek kerana rapuhnya kesedaran di atas tujuan penciptaan. Sering tersasar daripada jalan yang sebenarnya lurus. Mungkin rapuh dek kerana pincangnya methodologi  yang kita pilih untuk melalui jalan tersebut. Oleh itu, tubuh dan segala anugerah yang kita ada mestilah digunakan atas tujuan kebaikan. Selaras dengan itu, methodologi mestilah selari dengan tujuan  yang satu.
Jangan berhenti berharap
Manusia memang fitrahnya dicipta dengan rasa. Rasa itu mewarnai dunia mereka. Manis, masam, masin, pahit menjadi rencana utama trankripsi kehidupan. Fitrah itu umpama adunan doh, cara fikir dan cara tindak adalah acuan. Ya, acuan yang kita sendiri membinanya atas pengalaman dan ilmu yang kita ada. Adunan doh akan tetap sama, yang berbeza hanyalah bagaimana manusia membina cara fikir dan tindak. Ia membentuk acuan kehidupan atas dasar apa yang kita pilih.
Jangan pernah berhenti berharap dan berusaha. Orang yang berhenti berharap dan berusaha ialah orang yang mempunyai masalah dari sudut keyakinannya kepada Allah SWT. Ditimpa sahaja sedikit musibah, mukanya mencuka dan dijaja seluruh alam buana (facebook dan twitter). Lupa untuk terlebih dahulu mengadu dan berdoa pada Allah tuhan yang bersifat Ar-Rahman. Semacam Allah itu tidak tersenarai dalam papan utama kehidupan. Ingat... pemberi ujian, padaNya juga ada ubat penyembuhan!.

Hakikatnya ujian yang kita perolehi adalah asalnya berpunca daripada kita sendiri. Dosa dan kesalahan yang kita buat samada disengajakan atau tidak. Sebab itu dianjurkan kita untuk muhasabah atas setiap perkara yang telah kita lakukan. Tanya pada diri;
"Apakah kesalahan yang aku buat pada hari ni?"
"Kenapa aku berbuat dosa demikian?"
"Bagaimana caranya aku hendak perbetulkannya kembali?"
Manusia Yang Menuntut Keadilan
Katanya dunia ini memang tidak adil. Pelbagai ramuan diadun bagi menyedapkan lagi rumusan bahawa dunia ini memang tidak adil. Kononnya;
"Aku telah berbuat sehabis baik, kenapa begini hasilnya?. Tidak adil"
"Aku menyayanginya tetapi kenapa dia tidak pernah menghargaiku?. Ini tidak adil"
"Anakku masih muda, kenapa dia mati ?. Ini tidak adil"
"Dia patut dikenakan hukuman lebih berat atas tindakannya. Mahkamah patut lebih adil"
Sahabat sekalian, percaya yang keadilan (atas penilaian) yang hakiki di dunia ini tidak akan pernah adil mengikut pandangan manusia. Atas sebab itu Islam agama yang adil meletakkan dimensi keadilan dalam 2 kerangka yang berbeza iaitu dunia dan akhirat. .
Bayangkan saat seorang penjenayah dunia, membunuh beribu-beribu umat Islam di syria. Dan andai pada masa yang mendatang, dia dikenakan hukuman mati mandatori di atas kezaliman yang telah dilakukannya,  Adakah layak hukuman itu?
Analogi akal mengakui, hanyasanya hukuman itulah yang paling layak untuknya. Mati di balas dengan mati. Namun hakikatnya keadilan tidak pernah wujud kepada mereka yang telah dianiaya kerana matinya dia hanya sekali sedangkan puluhan ribu nyawa umat islam telah dibunuh kejam.
Jika inginkan keadilan, pastilah dia juga perlu mengalami kematian berulang kali bagi menebus kematian puluhan ribu yang mati ditangannya.
Oleh itu mereka yang benar-benar wujud keyakinan dan mengetahui dengan nyata akan hakikat akhirat akan memandang keadilan diletakkan dalam sudut yang berbeza.
Jika kita melihat akhirat itu dengan yakin. Percayalah di sana ada hukuman yang  adil. Akhirat diadili oleh Tuhan yang Maha Adil. Dia tidak akan hanya mati sekali tetapi berkali-kali. Hukuman yang adil menambahbaik hukuman islam.
"Dan barangsiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya adalah Neraka Jahanam, kekal ia didalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknatnya serta menyediakan azab yang besar baginya."
(Surah An-Nisa' ayat 93)
Menilai Keadilan Atas Hikmah
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah Al-Baqarah ayat 216)
Ilmu kita yang terbatas, tidak akan dapat menjangkau ilmu Allah yang Maha luas. Kita biasanya tidak nampak yang dekat tetapi selalu saja mengimpikan yang jauh. Padahal yang dekat itu adalah permulaan kepada yang jauh.
Menjemput kedatangan positif
Wujudkan berbagai persoalan positif dalam diri, bina kekuatan atas kelebihan dan kekurangan. Kelebihan ialah ilmu yang diamalkan dan kekurangan ialah percikan dosa yang sentiasa menghambat diri. Perbetulkan bagaimana cara kita melihat sesuatu masalah. Kata orang yang berilmu, mulakan hari kita dengan melihat perkara-perkara yang cantik, memikirkan perkara-perkara yang menarik, bertindak atas tindakan yang membahagiakan.
Jangan jadikan kegagalan dalam hidup sesuatu yang memungkinkan kita untuk menempuh kegagalan yang seterusnya. Bina keyakinan dalam diri, katakan pada diri yang kita boleh melakukannya. Yakin bahawa dunia ini tidak lengkap tanpa kita. ia membuatkan diri kita dihargai atas kemampuan kita menghargai ciptaan Allah yang lain.
Hitung segala kelebihan yang Allah kurniakan kepada kita. Sudah tentu kelebihan akan mengatasi kekurangan. Kelebihan pasti lebih banyak daripada kekurangan. Jangan mencari apa yang tiada sebaliknya menjaga apa yang telah sedia ada.  Mana buktinya? Bukankah perkara yang halal itu jauh lebih banyak daripada yang haram.
Bersangka baik perlu dalam menjahit kembali minda negatif yang rosak.
Usah menafsir lebih daripada yang sepatutnya sehingga mengganggu emosi kita. Ingatlah, manusia sentiasa mempunyai kecenderungan untuk bersangka buruk, walaupun pada orang terdekat dan tersayang. Jadi, jagalah minda anda daripada menafsir berlebihan dan memikirkan perkara yang belum pasti keadaannya.
Bersangka baiklah selalu, bukan demi sesiapa, tapi untuk diri agar dapat tersenyum sentiasa. Dengan bersangka baik, pasti juga hati kita akan merasa tenang. Sepertimana di dalam hadis Qudsi, Allah 'Azza wa Jalla berfirman yang bermaksud:-   
"Aku mengikuti sangkaan hamba-Ku kepada-Ku. Dan Aku selalu menyertainya sepanjang ia ingat kepada-Ku."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Jika kita sandarkan segala yang telah berlaku itu adalah dari Allah SWT, nescaya hati kita akan merasa senang dan tenang. Sesungguhnya tidaklah Allah jadikan sesuatu itu sia-sia melainkan kebaikan semata-mata.
Hidup ini satu pilihan
Kali ini otak ligat berfikir khususnya tentang perlakuan yang kita lakukan setiap hari. Soal ini akan terus menjadi satu kemestian setiap kali kita melangkah dalam arena kehidupan. Ia adalah sebuah pilihan dalam meniti kehidupan. Benarlah madah bijak pandai, hidup ini adalah satu pilihan. Ke mana arah yang kita hendak itulah destinasi yang kita akan tuju. Pendek kata, arah tuju dibentuk daripada kata dalam hati, diacu oleh ilmu, dipandu oleh akal yang waras dan dikukuhkan oleh kepercayaan (iman) yang bersih.

Berbekalkan kesemua modal itu, kita bergerak atas dasar pilihan yang telah kita tentukan. Berdasarkan keyakinan dan ilmu yang ada, isu pilihan inilah yang menjadi intipati terhadap permasalahan kita, khususnya dalam melihat wajah-wajah kehidupan - Bagaimana kita bekerja, keadaan mood persekitaran, ataupun cara kita membentuk ruang-ruang diri terhadap ransangan sekeliling.
Pilihlah beberapa pilihan yang kita ada dalam membentuk acuan kita sendiri. Pilihan yang tidak memerlukan kita untuk membuat pilihan lain yang lebih sukar. Namun, jika sukar sekalipun santunilah ia dengan beberapa pilihan lain. Bujukan dan pengorbanan adalah sesuatu yang perlu. Maka dalam membuat pilihan, berkorbanlah namun jangan sampai terkorban!

artikel yg sudah cukup 
untk mnjwb kekusutan aku 
lam post y lepas...
subhanaAllah..
saat kamu tidak punya siapa-siapa selain Allah, Allah itu lebih dari cukup :)
must be strong no matter what..
Sesungguhnya tidaklah Allah jadikan sesuatu itu sia-sia melainkan kebaikan semata-mata.
fighting..!!

Monday, July 16, 2012

Tentang sesuatu...

    its been so long that i didn't say something my self... my word my taught.. sorry dear u... it's been so long and it's too bz that i have no time to update any post.. life get so so hard lately... i dont know what am i suppose to say... but something bad n good had happen to me... and now i think i have change a lot.. a lot that i also kindly not know my self well enough anymore... 

    my sense of humor does not works on me anymore now... i dont know why.. i does not know how to value bad n goods anymore am i... i dont know why... so many thing happen and i dont know why its hard for me to make any decision and finally i am regret of it.... that i am not suppose to do... why am i like that... WHY..??

no one can understand me.. no one would... NO ONE... NO ONE...



do i have to waste everything and become truly useless...??? 
do i have to be that way.??



what happen to me and my attitude... i hate me changing like this..



can i say that i have become like this because of the pain... the pain does that to me...
i hate changing this way.. it suppose makes me stronger and maturer....
maybe i have forget to wake up n stand again...

i've try hard to wake up n stand again...
i taught i am strong.. strong enough...

klu dia tak ganggu n x muncul dlm hidup aku lg.. things will be better i think... 
no matter what had happen in the past its always the history... nothing will change no matter what...
how i wish i could go somewhere new n get to know other new people there...
start a new life... be happy again.... or dont have to think about any matter like this anymore...
thats far better than now... 
i hate talking about this seriously..

i cant change people attitude but i can change me...
please be strong....
hMmMm..

juz ignore him..

things getting worse..
i've try hard to wake up n stand again...
i taught i am strong.. strong enough...

i am regretting my own decision to let something go for something more important n crucial in life.. (they say that to me) but i taught i can get out of my comfort zone... n i have tried but it seems no one want to support me.. i am regret because i cant make my own choice and try my best n prove that i can do better.. people dont believe in me.. my ability n capability... i hate that the most... n i dont know why i didnt stand with my own decision.. i dont know.. why am i like that.. it so no like me before... heMmM.. why must be so weak..



FIFIE PLEASE WAKE UP!!

n now.... i dont know... likely theres nothing to prove n nothing to fight for... why things so useless for me... why am i like this.... i am actually being useless just now... why... WHY.. it so not like me... not me!!

FIFIE PLEASE WAKE UP!!



"Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan."

ikut hati mati.. ikut rasa binasa... tapi hidup harus diteruskan...

 maybe i have forget something...

“Sebahagian firman Allah SWT bermaksud, Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya…” 
Surah Al-Baqarah, ayat 286, 
itu bermaksud ujian yang diturunkan pada setiap seseorang itu memang mampu ditempuhinya.
Yang tak mampu kerana mengaku, kononnya ujian itu terlalu berat dan besar. Sebenarnya bukan soal besar atau tidak tapi tahap mana kekuatan anda.

Tahu tak ujian itu hanya menimpa org y sememangnya kuat menghadapinya Alah tak turun kan ujian pada org y tak mampu hadapi ujian itu. Kenapa Allah nk timpakan ujian pada hamba-Nya yang memang tak upaya?”


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik pula bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah Maha Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"
[al-Baqarah:216]



Ya Allah, give me strength, confidence and a strong mind so that I may show them what I am capable of.





 "Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya."

cari lah kelebihan dalam kekurangan diri nie... 
cari lah peluang dalam halangan hidup ni... 
cari lah kekuatan dalam kelemahan diri ni...

All the positive taught are mine… 
ape pun.. ape saje.. ape sekali  pun…
I’ll think positive..
Face it 1 by 1… 
I can do it fighting!

Positive thinking leads you to have positive attitudes 
and it makes everything seems positive.
Thus,insyaaAllah it makes us a better person.

FIGHTING!!!!


i am writing 
becoz 
i know i will read it all over again one day
 and get inspired by it again... 
because that is me...
di kala emosi n potensi n persepsi diri
tak stabil...

Monday, July 9, 2012

Adakah Aku Berdusta Tentang Cinta?

ADAKAH AKU BERDUSTA TENTANG CINTA?
ADA APA DENGAN CINTA





CINTA itu adalah penyebab kita menjadi penipu terbesar!!!
kita hanya mencintai apa yang nafsu kita suka....

ketika di alam roh kita mencintai Allah kerana hanya Allah satu-satuNya untuk kita.
Dia memasukkan roh ke dalam janin dan Dia melakukan segalanya untuk kita..

ketika kita lahir ke dunia ini hakikat cinta kita telah berubah..

ketika kecil kita cintakan ibu kerana ibu menjaga makan minum kita,
menggantikan lampin kita dan membersih najis kita..
ibu mendodoikan kita dan ibu sentiasa gelisah bila kita menangis dan ibu segera memahami apa kehendak kita ketika itu..
dan ibulah orang yang sangat kita cinta..

Namun ketika menjejak usia remaja kita bercinta pula dengan kekasih,
kita cintakan kekasih kerana dia begitu baik dengan kita,
sentiasa mengambil berat tentang kita mahupun bertanyakan khabar tentang kita jika berjauhan,
kekasih kita juga selalu menghadiahkan kita sesuatu barang yang bernilai kepada kita..
kita juga cintakan kekasih kerana dia juga melayan nafsu kita..

Bila kita telah semakin dewasa kita pun berkahwin lalu kita cintakan pula pasangan hidup kita kerana dia menjadi pembantu kita di dalam hal rumah tangga..
siang dan malam selalu bersama,
ketika sakit dialah yang ada menemani di sisi..
ketika ada masalah kita luahkan perasaan kepadanya menyebabkan kita cintakan pasangan hidup kita..

Bila kita semakin tua kita cintakan pula anak dan cucu kita kerana mereka menjadi penyejuk mata kita...
mereka adalah darah daging kita, mereka adalah satu anugerah..
lalu membuatkan kita cintakan anak-anak dan cucu-cucu kita..

jadi, apakah kamu berfikir di mana kamu dan bagaimana kamu telah abaikan cinta kamu yang terdahulu..??
(walaupun kamu mendakwa, aku juga cinta pada yang lain sedangkan sebelum itu cinta sebelum itulah cinta kita yang paling kita agung-agungkan)

Contoh paling mudah...
sewaktu kita kecil..
kita tidak boleh tidur kalau ibu tiada di sebelah dodoikan..
kita tidak tenang kalau tidak nampak ibu kita..
kita tidak boleh berenggang dengan ibu...

tetapi bila kita sudah mula bercinta dengan yang bukan mahram..
kita sudah boleh hidup pula tanpa ibu..
tidak nampak ibu sehari pun tidak rasa apa-apa...
tetapi kekasih kita itulah pula yang kita agung-agungkan seperti kita agungkan ibu suatu ketika dahulu...
bila ditanya sebelum kenal kekasih bagaimana cintamu kepada ibumu..?

kita menjawab..

ibulah segala-galanyanya..
namun bila ditanya soalan yang sama selepas kenal kekasih..
kita menjawab..
ya, aku juga cintakan ibu...

Sebab itu para sufi berkata sesungguhnya tangan itu dua,
kaki itu dua, mata itu dua tetapi hati hanya satu dan hanya muat untuk satu cinta...
yakni cinta yang kekal..

Ketahuilah bahawa Tuhanmu itu hanya satu..
maka hati yang satu itu untuk Allah yang satu dan cintaNya yang satu...
tidak mungkin bertemu dua cinta di dalam satu hati sepertimana yang telah di terangkan di atas...
kalau kita cuba juga jadikan dua cinta dalam satu hati...
maka kita berbohong...
pasti kita akan cintakan yang satu lebih daripada yang satu lagi...

dan di jelaskan juga kenapa kaki, tangan dan mata dua tapi hati satu..
kerana andai kita letakkan Allah ditangan...
maka hanya tangan kita saja yang taat pada perintah Allah..
kaki, mata dan anggota yang lain tidak dapat taat pada perintah Allah sebab tiada kehadiran Allah di situ..
tetapi bila kita letakkan Allah di dalam hati kita...
sesungguhnya hati itu adalah raja kepada seluruh anggota badan..

(di dalam sebuah negara, raja mestilah hanya satu saja, tidak boleh ada dua..
begitu jugak dengan diri kita, hati yang satu itulah raja kepada seluruh badan)

maka apabila raja taat perintah Allah..
maka rakyat pun akan turut taat kepada segala suruhan Allah...
sebab itulah hati itu satu dan wali Allah menggelarkannya ka'batullah yakni rumah Allah..

Jika orang bertanya...
kalau hati hanya muat untuk satu cinta yaitu cinta pada Allah
bagaimana dengan cinta yang lain?
takkan tidak boleh cinta pada ibu, bapa, keluarga, anak-anak, harta, mahupun pangkat?

maka ketahuilah saudara-saudaraku bahawa dalam sebuah hadith barangsiapa mencintai Allah dan taat perintahnya..
maka Allah akan isytiharkan kepada semua malaikat yang 'Aku cintakan orang itu'..
maka seluruh malaikat akan mencintai orang itu dan turun ke bumi dan isythirkan kepada semua makhluk bahawa Allah cintakan orang ini...
maka seluruh makhluk tadi akan mencintai orang ini...

contohnya seperti rasulullah s.a.w bila baginda hendak qada hajat di luar rumah...
pokok-pokok akan berjalan mengelilingi rasulullah s.a.w dan rendahkan daun-daun mereka agar rasulullah s.a.w terlindung dan dapat qada hajat dengan sempurna...

dan juga seperti yang telah terjadi kepada para sahabat nabi s.a.w yang berjalan di atas air dan banyak lagi sebenarnya kejadian-kejadian yang lain pula yang pernah berlaku..
seluruh makhluk akan cintakan mereka dan berkhidmat kepada mereka..

sesungguhnya Allah itu pemilik cinta dan barangsiapa memiliki cinta Allah maka seluruh cinta menjadi miliknya..

tetapi hari ini kita telah meletakkan cinta Allah di tempat yang paling belakang...
dan cuma datang kepadaNya apabila semua cinta kita yang lain tinggalkan kita dan tidak mampu menolong kita..

kita menperduakan, menpertigakan, memperempatkan,
memperlimakan cinta Allah atas alasan 'aku tak lupakan Allah, aku juga cintakan Allah..'

cuba lihat apa al quran kata tentang cinta surah at taubah ayat 24
dan banyak lagi ayat-ayat yang lain yang membahaskan tentang cinta...
di dalam surah at taubah ayat 24 tadi Allah dengan tegas melarang cinta pada ibu bapa, anak-anak, isteri, ternakan, ladang-ladang, harta benda selagi kita tidak meletakkan Allah,
dan rasul sebagai cinta tertinggi....
Bukanlah bermakna Allah tidak benarkan kita cintakan ibu bapa dan isteri atau suami kita..
tetapi Allah mahu kita penuhkan hati kita dengan cinta kepadaNya dan cinta yang lain-lain tu pasti akan menjadi milik kita..

sesungguhnya insan paling romantik dan faham mengenai hakikat cinta ialah
Nabi Muhammad saw,
kemudian 5 rasul ulul azmi,
kemudian 313 rasul,
kemudian 124 ribu nabi,
kemudian 4 khalifah rasul,
kemudian 313 ahli badar,
kemudian 124 ribu para sahabat ra,
kemudian para tabi'in,
kemudian para tabi' atbi'in,
kemudian para wali, kemudian para ulama.....
selain mereka,
tiada siapa yang faham hakikat cinta dan cuma memahami cinta menurut nafsu mereka..

Sesungguhnya HAKIKAT CINTA dan CINTA itu seperti langit dan bumi...
kita kalau mencintai seseorang kita akan menjaga dirinya sebaik mungkin,
segala keperluannya kita penuhi,
satu calar pun kita takkan biarkan hinggap pada apa yang kita cintai...
cuba untuk tidak sesekali menyakitinya,
sehingga kita sanggup walaupun berkorban nyawa sekalipun..

tetapi api cinta Allah berlainan,
Allah jika cintakan seseorang Allah akan memberinya kesusahan,
kesakitan, penderitaan, tangisan mahupun titisan darah..
sepertimana yang terjadi kepada rasulullah s.a.w ..

BUKANKAH NABI KITA ADALAH KEKASIH ALLAH?
kalau benar baginda kekasih Allah, kenapa Allah biarkan kekasihNya menderita?
ikat perut dengan batu sebab terlalu lapar yang amat sangat?
sadangkan orang-orang kafir yang Allah murka itu Allah berikan kemewahan kepada mereka?
itulah bezanya cinta dan hakikat cinta..

Hakikat cinta itu ialah yang mengubah paksaan kepada kemahuan..
sesungguhnya jika aku dan kamu berkata kami cintakan Allah,
wallahi aku dan kamu berdusta!

Sesungguhnya cinta itu belum datang selagi nafsu kita tidak mengikut kehendak agama,
selagi perintah-perintah Allah kita lakukan tanpa paksaan...

Orang yang cintakan Allah itu takkan memenuhi perintah-perintah Allah kerana mereka tidak perlu di perintah..
mereka melakukan perintah-perintah Allah kerana kemahuan mereka bukan kerana di perintah...
sesungguhnya kata lain kepada perintah itu ialah paksaan...
segala yang Allah mahu di sebut perintah kerana nafsu kita bercanggah dengan apa yang Allah mahu dan Allah maha mengetahui hambaNya tidak cinta padaNya..
sebab itulah Allah perintah kita..

Contoh paling mudah untuk di fahami ialah...
orang yang cintakan Allah akan datang ke masjid sebelum azan..
kerana mereka datang tanpa paksaan..
mereka datang dengan rela dan penuh rasa cinta..

tetapi orang yang tidak cintakan Allah datang selepas azan selepas di perintah datang kepada solat dalam kalimah azan..
mereka berkata oh, dah azan!
maka mereka pun datang ke masjid kerana telah azan
(di perintahkan) tanpa rasa apa-apa cinta kepada Allah dan mereka solat itu kerana telah masuk waktu solat bukan kerana cinta..

sebab tu mereka terkejut bila sudah azan sebab mereka tidak ambil peduli pun bila akan masuk waktu sembahyang..
jadi orang yang cintakan Allah itu ialah yang beribadat tanpa di suruh..
andai solat lima waktu tidak wajib..
mereka tetap akan buat atas sebab cinta..
tetapi orang yang tidak cintakan Allah..
mereka beribadat kerana terpaksa dan di perintah...
andai solat lima waktu itu tidak wajib, tentu mereka tidak akan buat..

Allah juga menguji cinta-cinta hambanya dengan perkara sunat...
lihatlah jutaan muslim dan muslimah yang telah ramai tinggalkan amalan sunat atas alasan
"alaa sunat je, bukan wajib pun"..

jadi mereka tunggu di perintah dahulu barulah mereka akan beramal...
jadi pengakuan mereka tentang cintakan Allah adalah tipu dan dusta..
dan apabila perkara makruh di halang..
mereka menjawab "ala makruh je, bukan haram pun"..
jadi mereka menunggu perintah ia jadi haram baru akan tinggalkan sesuatu....

Jadi itu bukanlah cinta...
umpama pekerja dengan majikan...
pekerja hanya bekerja kalau majikan suruh...
mana ada pekerja yang berkerja dengan majikan kerana CINTA...
jadi fahamilah apa itu cinta Allah dan hakikatnya sebelum melafazkannya...
sesungguhnya lafaz itu banyak syaratnya...

CINTA Allah yang tiada tepi dan kekal selamanya...
sedangkan cinta palsu itu hanya sementara dan kebanyakannya adalah pura-pura..

Saya harap semua faham apa itu hakikat cinta,
dan kalau nak lafazkan kalimah "Aku cinta Allah" fikir-fikirkan...

Renung-renung n selamat beramal.


terima kasih, kopipes from shbt fb, Akmal Murad...
SweetMuslimah.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...