Malam 16 Hingga Akhir Ramadan
| |
Rakaat Pertama
|
Rakaat Kedua
|
ª al-Fatihah
ª al-Qadr
|
ª al-Fatihah
ª satu surah yang bermula dari surah at-Takasur hingga surah al-Lahab.
Susunan surah2 adalah seperti :
1. Al-Takatsur
2. Al-Asr 3. Al-Humazah 4. Al-Fil 5. Al-Quraisy 6. Al-Ma’un 7. Al-Kautsar 8. Al-Kafirun 9. An-Nasr 10. Al-Lahab |
nampak nya lame tak lame mlm ni da masuk malam yang ke 15.. malam esok da boleh start baca surah al-Qadr bnyk2..
anything can refer here -- CLICK
KELEBIHAN KELEBIHAN SOLAT TERAWIH
Malam 1 : Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah S.W.T
Malam 2 : Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang bersembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman ).
Malam 3 : Berseru Malaikat di bawah `Arasy supaya meneruskan sembahyang terawih terus menerus, semoga Allah mengampunkan dosa kamu.
Malam 4 : Memperolehi pahala sebagaimana pahala orang² yang membaca kitab² Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam 5 : Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang yang bersembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjid Aqsa.
Malam 6 : Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat² yang tawaf di Baitul Makmur ( 70 ribu Malaikat sekali tawaf ), serta setiap batu² dan tanah² mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa² orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.
Malam 7 : Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa A.S serta menolong Nabi Musa A.S menentang musuh ketatnya Firaun dan Hamman.
Malam 8 : Allah mengurniakan pahala orang yang bersembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim A.S.
Malam 9 : Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
Malam 10 : Allah S.W.T mengurniakan kepadanya kebaikkan di dunia & di akhirat.
Malam 11 : Keluar ia dari dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.
Malam 12 : Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam 13 : Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap² kejahatan dan keburukkan.
Malam 14 : Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkanya pada hari Qiamat.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Malam 15 : Semua Malaikat yang menanggung `Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.Malam 16 : Allah S.W.T tuliskan baginya terlepas dari Neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam 17 : Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang berterawih pada malam ini sebanyak pahala Nabi².
Malam 18 : Seru Malaikat ; Wahai hamba Allah, sesungguhnya Allah telah redha kepada kamu dan ibubapa kamu (yang masih hidup atau mati).
Malam 19 : Allah S.W.T meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam 20 : Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang² solehin.
Malam 21 : Allah S.W.T membina sebuah istana dalam Syurga daripada Nur.
Malam 22 : Datang ia pada hari Qiamat, aman daripada tiap²dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar).
Malam 23 : Allah S.W.T membina kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada Nur.
Malam 24 : Allah S.W.T membuka peluang 24 doa mustajab bagi orang yang berterawih pada malam ini.( lebih elok berdoa ketika dalam sujud)
Malam 25 : Allah S.W.T mengangkat daripada seksaan kubur.
Malam 26 : Allah S.W.T mengurniakan pahala pada orang yang berterawih pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam 27 : Allah S.W.T mengurniakan ketangkasan melintas atas titian SiratulMustaqim seperti kilat yang menyambar kepada orang yang berterawih pada malam ini.
Malam 28 : Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di Akhirat.
Malam 29 : Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam 30 : Allah S.W.T memberi penghormatan kepada orang yang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman ;
Wahai hambaKu: makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini di dalam Syurga, mandilah engkau daripada air Syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad
S.A.W yang bernama (Al-Kautharâ)
Skung kte kat sni...
esok da genap stgh bln kte berpuasa..
ape perasaan..?? xsedar kan...
hmm.. cpt btol mse berlalu....
semoga ape y di usahakan
dieterima, diredhai dan diberkati
oleh Allah swt..
insyallah...
No comments:
Post a Comment