Friday, August 24, 2012

Selamat Hari Raya




di kesempatan ini ingin mengucapkan

Selamat Hari Raya Adilfitri
Maaf Zahir Dan Batin

p/s hasil lukis-lukis n edit-edit sesuka hati ku... 
lawak kan... 
tau dah... 
btw SMiLe aje... ^__^

Thursday, August 16, 2012

Jawapan Bagi Segala Kekusutan...


Merungkai segala persoalan yang berada di benak fikiran...
Dikala prestasi diri ini tidak stabil.
Jom muhasabah diri. 




KENAPA AKU DIUJI ??
AL-QURAN MENJAWAB :
Qs. Al-Ankabut : 2-3
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: ’Kami telah beriman’, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.


KENAPA AKU TAK MENDAPAT APA YG AKU INGINKAN ??
AL-QURAN MENJAWAB :
Qs. Al-Baqarah : 216
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui


KENAPA UJIAN SEBERAT INI ??
AL-QURAN MENJAWAB:
Qs. Al-Baqarah : 286
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

KENAPA FRUST???
AL-QURAN MENJAWAB :
Qs. Al-Imran : 139
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman

BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA ???
AL-QURAN MENJAWAB :
Qs. Al-Baqarah : 45
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya holat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk. Tiada daya dan upaya kecuali atas pertolongan Allah semata

APA YANG AKU DAPAT ???
AL-QURAN MENJAWAB :
Qs. At-Taubah : 111
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan jannah untuk mereka…”


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP ???
AL-QURAN MENJAWAB :
Qs. At-Taubah : 129
Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal”


AKU TAK SANGGUP !!!!
AL-QURAN MENJAWAB :
Qs. Yusuf : 12

“….dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.”



dan segudang pertanyaan lagi yang keseluruhannya pun dapat dijawab oleh Sang Pemilik Semesta Alam. Nah, cukup jelaslah bahwa Allah lah yang memberi kita cubaan permasalahan, pastilah Allah akan menurunkan pertanyaan beserta jawabannya! 
Hanya Allah sandaran manusia...





baca lah doa ni bile berade dlm kesusahan.. 
 Ya Allah berikan lah aku ganjaran di atas musibah ini, dah gantikan yg lebih baik darinya.. 
Beriman lah, kemudian tawakal..

peringatan buat diri yg selalu terlupa..
bergantung lah sepenuhnya pade Dia
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik pula bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah Maha Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"
[al-Baqarah:216]


before i enclose this entry.. 

sedar x...??
lagi 3 hari lagi... kan..?
ya Allah cepat nya mase berlalu...
ape laa y dah aku lakukan hampir sebulan bulan ramadhan nie..
am i improving into a better person..??
maanfaat kan lah hari2 terakhir ni...
Lagi 3 atau 4 hari lagi Ramadhan akan meninggalkan kita, masih berpeluangkah kita melaluinya ? 
Hanya Allah yang Maha Mengetahui.. 

mungkin ini yang terakhir kali nya bg aku...
tolong maaf kan aku jika ade y terguris n
salah silap aku... maaf...
last but not least..
bwt y terbaik dan jadi lah y terbaik..

Me gonna miss ya RAMADHAN :'( 


Friday, August 3, 2012

Solat Sunat Terawih : Malam 16 Hingga akhir Ramadhan




Malam 16 Hingga Akhir Ramadan

Rakaat Pertama
Rakaat Kedua
ª  al-Fatihah
ª  al-Qadr

ª  al-Fatihah
ª  satu surah yang bermula dari surah at-Takasur hingga surah al-Lahab.
Susunan surah2 adalah seperti :
1. Al-Takatsur
2. Al-Asr
3. Al-Humazah
4. Al-Fil
5. Al-Quraisy
6. Al-Ma’un
7. Al-Kautsar
8. Al-Kafirun
9. An-Nasr
10. Al-Lahab

nampak nya lame tak lame mlm ni da masuk malam yang ke 15.. malam esok da boleh start baca surah    al-Qadr bnyk2.. 


anything can refer here -- CLICK





KELEBIHAN KELEBIHAN SOLAT TERAWIH

Malam 1 : Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah S.W.T

Malam 2 : Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang bersembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman ).

Malam 3 : Berseru Malaikat di bawah `Arasy supaya meneruskan sembahyang terawih terus menerus, semoga Allah mengampunkan dosa kamu.

Malam 4 : Memperolehi pahala sebagaimana pahala orang² yang membaca kitab² Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5 : Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang yang bersembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjid Aqsa.

Malam 6 : Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat² yang tawaf di Baitul Makmur ( 70 ribu Malaikat sekali tawaf ), serta setiap batu² dan tanah² mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa² orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.

Malam 7 : Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa A.S serta menolong Nabi Musa A.S menentang musuh ketatnya Firaun dan Hamman.

Malam 8 : Allah mengurniakan pahala orang yang bersembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim A.S.

Malam 9 : Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10 : Allah S.W.T mengurniakan kepadanya kebaikkan di dunia & di akhirat.

Malam 11 : Keluar ia dari dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.

Malam 12 : Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13 : Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap² kejahatan dan keburukkan.

Malam 14 : Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkanya pada hari Qiamat.




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Malam 15 : Semua Malaikat yang menanggung `Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16 : Allah S.W.T tuliskan baginya terlepas dari Neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17 : Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang berterawih pada malam ini sebanyak pahala Nabi².

Malam 18 : Seru Malaikat ; Wahai hamba Allah, sesungguhnya Allah telah redha kepada kamu dan ibubapa kamu (yang masih hidup atau mati).

Malam 19 : Allah S.W.T meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20 : Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang² solehin.

Malam 21 : Allah S.W.T membina sebuah istana dalam Syurga daripada Nur.

Malam 22 : Datang ia pada hari Qiamat, aman daripada tiap²dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar).

Malam 23 : Allah S.W.T membina kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada Nur.

Malam 24 : Allah S.W.T membuka peluang 24 doa mustajab bagi orang yang berterawih pada malam ini.( lebih elok berdoa ketika dalam sujud)

Malam 25 : Allah S.W.T mengangkat daripada seksaan kubur.

Malam 26 : Allah S.W.T mengurniakan pahala pada orang yang berterawih pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27 : Allah S.W.T mengurniakan ketangkasan melintas atas titian SiratulMustaqim seperti kilat yang menyambar kepada orang yang berterawih pada malam ini.

Malam 28 : Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di Akhirat.

Malam 29 : Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30 : Allah S.W.T memberi penghormatan kepada orang yang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman ;

Wahai hambaKu: makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini di dalam Syurga, mandilah engkau daripada air Syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad 
S.A.W yang bernama (Al-Kautharâ)



Skung kte kat sni... 
esok da genap stgh bln kte berpuasa.. 
ape perasaan..?? xsedar kan... 
hmm.. cpt btol mse berlalu....
semoga ape y di usahakan 
dieterima, diredhai dan diberkati 
oleh Allah swt.. 
insyallah...
SweetMuslimah.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...