Di
dalam Al Quran, buah zaitun disebut sebanyak 7 kali di mana sebanyak 2 kali, ia
di sebut bersendirian dan 5 kali lagi ia digambarkan dalam Al Quran bersama
dengan buah- buahan lain seperti tamar, delima, anggur dan buah tiin. Gambaran
ini menunjukkan betapa banyaknya khasiat buah zaitun sepertimana buah- buahan
lain yang mendatangkan kebaikan kepada kehidupan manusia sejagat.
Diantara manfaat dan keistimewaan buah zaitun atau olive oil yang di sebut dlm al-quran dan hadis
"Demi buah tiin dan zaitun. Dan Gunung
Tursina". (Surah at Tiin ayat 1 dan 2).
Diriwayatkan
dari Sayyed Al-Ansari bahawa Nabi s.a.w. telah bersabda:
Gunakanlah
MINYAK ZAITUN sebagai makanan, berminyaklah dengannya untuk rambut, badan dan
seumpamanya kerana sesungguhnya ia adalah daripada pokok yang berkat.
(Tarmizi,
Ibn Majah)
Daripada
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:
"
Ambillah minyak zaitun dan sapulah ke kulitmu. Ia membantu mengubat tujuh puluh
(beberapa) penyakit dan juga Juzam (kusta)".
Daripada
Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“Makanlah
minyak zaitun dan lumurlah minyaknya, kerana ia berasal daripada pohon yang
penuh berkat.”
(Riwayat
At-Tirmizi dan Ibnu Majah)
Minyak
zaitun jernih dan berkilau seperti cahaya. Ini disebut di dalam al-Quran surah
An-Nur:35:
“
...yang dinyalakan dengan minyak yang banyak faedahnya (iaitu) zaitun yang
tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah barat, yang minyaknya
(sahaja) hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api...
Diantara manfaat dan khasiat buah zaitun atau olive oil drpd kajian saintis
1. Jika diminum
bermanfaat untuk :
- tinggi kandungan Vit E
anti oksidan
- menggelakkan daripada
mendapat penyakit jantung
- menurunkan kadar
kolesterol
- mengawal kolesterol
jahat (LDL) dan meningkatkan tahap kolesterol baik (HDL)
- mengurangkan risiko
penyakit kardiovaskular, arteriosklerosis dan pelbagai masalah akibat proses
penuaan.
- menguatkan kandung
hempedu (mengurangkan risiko pembentukan batu hempedu)
- mencegah ulser dan
mengurangkan risiko batu karang
- menurunkan kadar gula
- menurunkan asam lambung
- menurunkan selera makan
berlebihan
- mencegah dan mengubati
radang usus
- membantu sistem
pencernaan
- memberi kebaikan pada
sistem penghadaman (gastritis, ulser, makanan tidak hadam, sembelit, kembung
perut dan sebagainya.)
-
mengawal tahap insulin dan seterusnya mengurangkan penyimpanan lemak.
- Anti Kanser
2. Jika dioleskan
bermanfaat untuk :
- menghilangkan flek dan
kerut di wajah
- melindungi dari bakteri
- mencegah rontoknya
rambut
- mencantikkan kulit,
rambut dan kuku
- menghilangkan penyakit
kulit, kulit sensitive, kulit kering, jerawat
- membantu
meremajakan sel-sel tubuh (awet muda)
- tinggi kandungan Vit E
anti oksidan
- meremajakan, menjaga
kelembapan dan kekenyalan kulit
-
merawatan masalah rambut kering dan bercabang sebaiknya gunakan saja
konditioner
3. Aroma khasnya membuat anda menjadi lebih rileks.
|
Jenis
- Jenis Olive Oil
Extra Virgin Olive Oil
(paing banyak khasiat)
|
Virgin Olive Oil
|
Olive Oil
|
Merupakan minyak zaitun paling murni dengan kadar
keasidan 0.5-1 peratus.
|
Kandungan asidnya sekitar 4 peratus..
|
Minyak zaitun jenis ini mengandungi tahap keasidan
melebihi 4 peratus.
|
Warnanya kehijau-hijauan
|
Berwarna hijau kekuningan
|
Berwarna kekuning-kuningan
|
sesuai untuk dijadikan sos salad.
Yang paling sesuai untuk diminum bergitu sahaja
|
Biasa digunakan sebagai campuran masakan atau hidangan
tumisan.
|
biasanya digunakan sebagai pengganti minyak untuk
menggoreng dalam masakan Itali.
|
CARA PENGAMBILAN Extra Virgin Olive Oil :
1
sudu teh 2x sehari
Campurkan
2 sudu dalam setiap hidangan
Dengan
ini, tidak hairanlah, ramai yang mengetahui akan kelebihan buah zaitun,
memanfaatkannya sebagai bahan untuk kegunaan asas seperti minyak masak, minyak
rambut, barangan kecantikan, sabun dan juga dijadikan sebagai makanan tambahan.
Justeru, khasiat yang terdapat pada buah zaitun merupakan anugerah Allah ke
atas hamba- hambaNya yang amat bernilai untuk dimanfaatkan kerana bukan sahaja
buah zaitun disebut di dalam Al Quran, malah pakar- pakar sains dunia juga
mengiktiraf akan keistimewaannya.
sharing is caring..
sebelum mencuba sesuatu yang osem
harus laa kte tau ape disebalik segala-galanya.
segala yang tercatat bersumberkan dan
berhasilkan pembacaan dri pak cik google..
and then nak cuba tapi tak tau nk gne produck ape kan..
bnyk sgt kat kedai tu
pilih laa yang paling baik dan berpatutan..
asal ade tulis Extra Virgin Olive Oil
baik laa tu