Sunday, August 28, 2011

Ramadhan : Malam 29


salam 28 ramadhan. tinggal sehari lagi ramadhan akan meninggalkan kita. adakah kita akan bertemu lagi dgn ramadhan akan datang?



Malam 29 :
 Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.



Malam 30 :
Allah S.W.T memberi penghormatan kepada orang yang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman ;

Wahai hambaKu: makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini di dalam Syurga, mandilah engkau daripada air Syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad 
S.A.W yang bernama (Al-KautharĂ¢)



tanpa aku sedari Ramadhan tahun ini sudahh smpai ke kemuncaknya 
gembirakah aku atau sedihkah aku melihat pemergian Ramadhan thun ini...
aku bersyukur kerna diberi peluang untk trus bernafas hingga hari ini.. Alhamdulillah
aku bersyukur kerna masih dpt menunaikan ibadah puasa kali ini bersama org2 y terlalu amat aku sygi...
semoga aku masih dpt berjumpa dgn Ramadhan tahun hadapan
semoga ramdhan tahun ini dpt memberi pengajaran y terbaik bwt aku...
insyallah....


guys...
maafkan aku jika aku ade bwt slh dan silap 
maafkan aku jika ade kata2 ku menguris hati
maafkan aku jika ade perbuatan ku menyakitkan 
maafkan aku kayh.... 

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir dan Batin


semoga
hijrah  & 
transformasi 
hidup dpt diteruskan 
untuk memastikan 
hidup ini lebih bermakna 
dan berkualiti tinggi...


Banyak kenikmatan yang tersembunyi
Di antara taring-taring bencana

Banyak kegembiraan yang menghadap arah
Di mana beberapa musibah menanti

Bersabarlah atas ujian-ujian yang menimpamu
Kerana segala sesuatu ada sebabnya

Setiap kesusahan itu ada kegembiraannya
Setiap yang murni ada campurannya

- Imam al-Ghazali dalam “Mukasyafah al-Qulub“



Saturday, August 27, 2011

Ramadhan : Malam 28

 Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di Akhirat.

Friday, August 26, 2011

Ramadhan : Malam 27

 Allah S.W.T mengurniakan ketangkasan melintas atas titian SiratulMustaqim seperti kilat yang menyambar kepada orang yang berterawih pada malam ini.











Tuhanku
aku tidak layak untuk syurgaMu

tetapi aku tidak pula

sanggup menanggung

siksa nerakaMu.



dari itu kurniakanlah

keampunan kepadaku

ampunkanlah dosaku

sesungguhnya Engkaulah pengampun

dosa-dosa besar



Tuhanku
aku tidak layak untuk syurgaMu
tetapi aku tidak pula

sanggup menanggung
siksa nerakaMu..









Tuhanku… aku tidak layak memasuki syurga Firdaus
Dan aku pun tak mampu menahan siksa api Neraka
Terimalah taubatku dan ampunilah dosa-dosaku
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar
Dosa-dosaku amatlah banyak bagai butiran pasir
Terimalah taubatku, wahai Yang Maha Agung
Umurku berkurang setiap hari, sedang dosa-dosaku terus bertambah
Bagaimana aku sanggup menanggungnya?
Tuhanku… hamba-Mu yg durhaka ini datang bersimpuh menghadap-Mu
Mengakui dosa-dosa dan menyeru memohon kepada-Mu
Bila Kau mengampuni, Engkaulah Sang Pemilik Ampunan
Bila Kau campakkan aku, kepada siapa aku mesti berharap selain dari-Mu?


jgn dilepaskan peluang 
y xslalu dtg nie...
sambil itu jom laa kite hayati 
puisi di atas ini...
semoga kita menjdi insan y terpilih 
untk mndpt hidayah dan
 pentunjuk drpd Nya..
inysallah..
amin..

Thursday, August 25, 2011

Ramadhan : Malam 26

 Allah S.W.T mengurniakan pahala pada orang yang berterawih pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.




99 nama Allah swt













Wednesday, August 24, 2011

Ramadhan : Malam 25



 Allah S.W.T mengangkat daripada seksaan kubur.




Solat itu tiang agama,
Wajiblah kita menunaikannya,

Saat disoal di akhirat sana,
Solat itu yang utama.
Teruskan usaha mengenal pencipta,
Kemanisan iman nikmat tak terhingga,
Moga istiqamah setiap masa,
Kelak Allah beri balasannya.

Tuesday, August 23, 2011

cita dan cinta


Gabba Gabba! - Lambat Layu


Lihatlah awan bergerak laju
Lihatlah matahari tenggelam timbul
Aaaaaa

Masa tak masa tak menunggu
Masa tak masa tak menunggu
Masa tak masa tak menunggu
Masa tak menunggu



Pastikan semua bergerak laju
Janganlah tunggu-tunggu
Lambat layu



Lambat layu







Amylea - Aku Dan Mimpi



Aaaaaaaaaaaaaaaa..........
Tidak ku menduga
Ini saat yang ku tunggu...kamu
Yang selama ini kau hadir
Dalam mimpiku hilangkan sunyi
Diri aku tak lagi jauh
Mengapa derasku panjang debar jantungku
Mungkinkah aku mencintaimu
Sepenuh hatiku
Ku harapkanmu menyanyangiku
Seperti aku teman hidupmu.........uuuuuuuuu
Semakin hampir waktu
Untuk daku bertemumu

Semakin aku rindu
Hingga ku simpan selalu
Semakin dekat aku
Sedarku dari lamunan
Hanya aku dan mimpi
teman aku pernah ada........
Berdiri kaku dan lebih jauh
Terhenti nafas dan ??? jantungku
Salahkah aku mencintaimu
Sepenuh hatiku
Katakan sesuatu
Jangan biarkan ku keliru
Terus berlalu....uuuuuuuuuuuuuu
Tak daku menduga mengapa ini terjadi....... haaaaaaaa

aku bru jew tgk cite nie kat  
tv9 kol 11pg
skung da epi10
aku suke dgr lagu2 lam cite nie
sape2..
share laa ngan aku 
lagu2 lain y da lam cite cita &cinta nie
thanks alot guys..
^___^





Sunday, August 21, 2011

Ramadhan : Malam 22

    Datang ia pada hari Qiamat, aman daripada tiap²dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar).

    bru blk dri solat terawih... hari nie solat best juge... ustaz tue bg rest untk half time... dia bg ceramah skit... dia gtau kne bnyk kan doa supaya dijauhkan drpd azab api neraka n laksanakan segala kewajipan dengan sempurna, ikhlas n besungguh2...

   pastu dia ada gak cita psl jihad... jihad terbahagi kepada 2.. jihad besar jihad kecik.... pada zaman Rasullullh SAW jihad terbesar adalah perang.. tapi skung jihad y plg besar adalah jihad nafsu..
jihad nafsu nie contohnya skung nie bulan puasa.. kte menahan diri dri mkn n minum menahan dri dari melakukan sesuatu y membatalkan puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari beserta niat. tu juga merupakan jihad y terbesar kita lakukan di bln ramadhan nie.. so lakukan dgn sepenuh hati....

but tetiba aku ter'pk' hmmmm.... ta phm nape klu kita g solat berjemaah still ade lagi y tak serentak... bole ke cam tue...??

bile aku tanya sorg ustazah nie dia ckp... syarat sah solat berjemaah
--> berniat mengikut imam
-->mengetahui segala apa y dikerjakan oleh imam
-->tidak mendahului iman dlm takbirratul ihram
-->tidak mendahului iman dalam rukun2 sembahyang

    maksudnya bila kita solat berjemaah y plg penting kita tak mendahului imam tue... kte kne pastikan imam tue sempurna takbirnya bru kte follow... meaning bg imam tu habiskan "allah hu akhbar" dlu.. bukan mase kalimah "Allah" j... but must be "Allah hu akhbar" the last u hear "bar" bru follow... slalu tgk jemaah mase nak ubah dri satu rukun k satu rukan y lain tue bersama-sama ngan tok imam tue..

contohnya mase qiam nk ke rukuk...

tok imam: "Allah"
jemaah : "Allah" (dah ikut same ngan tuk imam)

suppose

tok imam: "Allah hu akhbar" (rukuk)
jemaah: "Allah hu akhbar" (habis tuk imam "bar" bru rukuk)


    next psl posisi kedudukan para jemaah... selalu tgk mak2 nie bwk ank2 kecil(1thn 2thn camtue) g solat pastue letak ank dorg kat depan sama saf ngan dorg...  bole ea camtue... lets figure it out... bukan betol k cara kat bwh nie..??



makmum kanak perempuan
makmum perempuan
makmum kanak2 lelaki
makmum lelaki
tok imam


aku bukan lah sesiapa..
entry nie adlah peringatan 
untk dri sendri 
klu2 6t aku terlupa...

more info
korang ley check it out  
link nie 
or the best tanya lah ustaz or ustazah...

sharing is caring...
selamat mencuba n
selamat beramal..

Hanya Engkau yg kami sembah &
 hanya kpd Engkau kami mohon pertlongan. 
Tunjuki kami jln yg lurus. 
(iaitu)jln org2 yg Engkau anugerahi nikmat kpd mrk... 

semoga  kita dapat 
segala ape y diusahakan...
amin...

^___^
insyallah...

Saturday, August 20, 2011

100 Hari


Adapun riwayat-riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hamba-Nya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walau bagaimanapun, semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam saja, sedangkan orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah, nyawa mereka ini akan dicabut tanpa peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.

Adapun tanda-tanda ini terbahagi pada beberapa keadaan :



100 hari sebelum kematian:
Seluruh badan rasa bergegar.
Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

40 hari sebelum kematian:
Pusat rasa bergerak-gerak
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

7 hari sebelum kematian:
Mengidam makanan.
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.

5 hari sebelum kematian:
Anak lidah bergerak-gerak.

3 hari sebelum kematian:
Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari sebelum kematian:
Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh and asar.
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir sebelum kematian:
Sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Kubur/liang lahat Setiap Hari Menyeru kepada Manusia Sebanyak 5 Kali.
1. Aku rumah yang terpencil, maka akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu sholat malam.
3. Aku rumah yang penuh tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawarnya.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nankir, maka banyaklah bacaan Laa illaa ha illallah, Muhammadur Rasulullah?supaya kamu dapat menjawabnya.

Allah berfirman mahfumnya “Katakanlah (wahai Muhammad); Nyawa kamu
akan diambil oleh Malikil Maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika
habis ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu
(untuk menerima balasan)” As Sajadah-11

Penutup
    Sesungguhnya marilah kita bertakwa dan berdoa kepada Allah SWT
è  semoga kita termasuk di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda- tanda kematian ini;
è  semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan baik dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri, dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.

    Namun demikian, sesuai dengan sifat Allah SWT Yang Maha Kuasa lagi Pemurah, Maha Pengasih, maka diriwayatkan bahawa tarikh kematian seseorang manusia itu masih dapat diubah dengan amalan doa, baik doa dari kita sendiri maupun doa dari orang lain. Namun hal ini adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.
  
     Oleh kerana itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan waktu dan kesehatan tubuh / badan dan juga fikiran dalam sedaya-upaya kita untuk mencari keredhaan Allah SWT di dunia mahupun akhirat kelak.






Bagus juge ade cite “100 Hari” kat tv1 tue kan
Lakonan ZulHuzaimi...


It’s touches my heart...
Feel’s sad...feel’s scared...

Cite 2 tunjuk psl tanda2 100 hari sblm kematian...
dia compare kan antra 
seorg y beriman  dan seorg y lalai . 
seorg y beriman tu dia dpt rasa y dia kan mati
dpt merasakan kelainan y dia alami dlm dri dia
manakala
seorg y lalai tue trus  lalai...



which one is me...??
subhanAllah



review skitt... Panggung Seri : 100 Hari
100 Hari mengisahkan tentang perhitungan dua insan yang berbeza cara hidup dalam menempuh detik-detik kematian dari 100 hari sebelum ajal dijemput malaikat maut.. Tuan Masrod seorang yang kaya tetapi banyak melakukan perkara yang sia-sia, manakala Akhbar, pemandunya hidup dalam sederhana tetapi banyak melakukan kebaikan. Akhbar dapat merasakan kematian semakin hampir dan terus perbanyakkan ibadat manakala Tuan Masrod walaupun didatangi tanda-tanda kematian masih hidup dalam keadaan yang leka. 
Pelakon : Zul Huzaimi, Ridzuan Hashim, Maria Farida, Melissa Saila, Raja Azri, Chal ahmad, Nad Zailal.

Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak.


Semoga kita semua 

tersenarai antara 
orang-orang yang terpilih 
untuk perasan tanda-tanda ni.


Semoga Allah swt
beri kita peluang
 untk memperbaiki diri
sebelum ajal menjemput kita
pergi buat selama-lamanya.


Amin...
Insyallah....







   Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan
apa yang salah itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

Wallahu a'lam...


Friday, August 19, 2011

Ramadhan : Malam 20 : Lailatul Qadar

 Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang² solehin.



amalkan surah ini



doa mlm 


Allah Ta'ala telah berfirman di dalam surah Al-Qadr yang bermaksud:
"Sesungguhnya kami telah menurunkan (Al-Quran) pada malam al-Qadr dan apakah jalan yang menyebabkan engkau mengerti (kebesaran) lailatul qadar itu? Lailatul qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan tuhan mereka (Allah), untuk setiap urusan. Sejahteralah malam ini hingga terbit fajar".

Kebanyakan ulama' Islam menegaskan bahawa kemungkinan berlakunya lailatul qadar adalah pada salah satu daripada malam kesepuluh terakhir sama ada malam ganjil ataupun malam genap.
Yang tetap berlakunya malam lailatul qadar adalah didalam pengetahuan Allah jua. Sesiapa sahaja yang beribadah di malam hari bulan ramadhan, jika kebetulan dengan malam lailatul qadar, maka dikurniakan ganjaran pahala melebihi ganjaran pahala yang dikurniakan kepada mereka yang beribadah selama seribu bulan atau selama 83 tahun 4 bulan berbanding dengan malam yang lain-lain.

Rasulullah s.a.w. sendiri amat bersungguh-sungguh menghidupkan sepuluh malam terakhir daripada bulan ramadhan bersama-sama ahli keluarganya dengna beribadah, bertadharu', beristighfar dan bermunajat kehadrat Allah, memohon rahmat, keampunan dan keredhaanNya. Walaupun Rasulullah s.a.w. seorang yang maksum, dijamin terpelihara daripada dosa dan noda bahkan dijamin syurga, namun baginda tetap berjaga malam untuk qiamullail, menahan diri daripada tidur kecuali untuk seketika sahaja. Orang yang tekun beribadah pada 10 malam yang terakhir daripada bulan ramadhan akan mendapat rahmat yang dijanjikan sama ada dapat atau tidak menemui apa-apa tanda. Kerana yang penting adalah sepertimana yang tersebut dalam hadis sohih riwayat Bukhari dan Muslim iaitu:
* Menghayati malam tersebut dengan ibadah
* Beriman dengan yakin bahawa malam lailatul qadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
* Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmat dan keredhaanNya.

Marilah kita bersama-sama berdoa agar kita dipilih Allah menikmati malam yang sejahtera ini.

Dicopy paste dari http://azharazian.blogspot.com/


masa nya untuk kita 
mengejar dan menghayati
 mlm2 ganjil terakhir 
di bln ramadhan taun nie...
mlm seribu bulan...


selamat mencuba dan 
selamat beramal..


semoga berjaya mendapat 
segala ape y disusahakan...
insyallah..

Thursday, August 18, 2011

Ramadhan : Malam 18


 Seru Malaikat ; Wahai hamba Allah, sesungguhnya Allah telah redha kepada kamu dan ibubapa kamu (yang masih hidup atau mati).



Wednesday, August 17, 2011

Ramadhan : Malam 17: Nuzul Quran....

 Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang berterawih pada malam ini sebanyak 
pahala Nabi².




SweetMuslimah.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...